Want your
own Fotopage?














 
Zana's Fotos

By: Nor Zana

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Friday, 18-Jul-2008 05:13 Email | Share | | Bookmark
RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM

 


Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia
keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab
tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan
umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk
mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di
kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan
formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan
kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula
pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan
kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran
mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu
digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan
untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin,
mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan
kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang
penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium,
potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk
memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda,
"Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan
untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan
kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat
merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi
memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan
mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika
dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan
tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju,
lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu
adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas
makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein,
semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan
umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w
menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki
penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman
minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih
berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh
Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan
keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang
lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium,
kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air,
choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi
a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t
memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya
mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang
terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah
atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan
merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan
fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk
diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah
delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40
hari."

DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala.
Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif
untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat
popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati
dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga
boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.


10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar
zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya
berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a
meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta
dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin
dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio
dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan
kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan
pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka.
Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di
kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w.,
"Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu
membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia
menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang
kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Care to comment?


Friday, 18-Jul-2008 03:40 Email | Share | | Bookmark
SINDIR-SINDIR SAYANG

 
 
 
 
 
 











Care to comment?


Friday, 18-Jul-2008 02:43 Email | Share | | Bookmark
Kenapa anak-anak wajar dicium?

 
 
 


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar
kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah
akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu
darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu
ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang
yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali
ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat
daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak
dengan mengajar mereka adab Dan ilmu agama

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut
menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan
barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan . Aqrak
berkata;

"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku
cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan
disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya
Dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk
orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan
daripada anak Lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail .

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku
berbakti?
"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam bissawab...

Care to comment?


Wednesday, 16-Jul-2008 04:56 Email | Share | | Bookmark
Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir)

 
Di bawah ini ini dinyatakan cara2 atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.? Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.



Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
[Riwayat al Bukhari]



Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.


Sabda Rasulullah S.A.W.:

Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. ?Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa:

'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'"
[Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]



[b]Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah[/b]

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. ?Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.


Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :

Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi ?oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.'

[Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]



Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda: Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing didalam telinganya"

[Riwayat al Bukhari dan Muslim]



Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia Akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai Seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalai sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.


Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca Doa perlindungan dengan berkata : Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".
[Riwayat al Bukhari dan Muslim]

Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.



Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan Keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya"
[Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]



Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:

"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalai peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.



YANG BAIK ITU DARI ALLAH, YANG TIDAK BAIK ITU DARI KELEMAHAN MANUSIA ITU SENDIRI




Care to comment?


Tuesday, 15-Jul-2008 02:30 Email | Share | | Bookmark
PETUA - ANAK PINTAR

 
 



Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua dari ibu saya

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba......

bestkan jadi seorang ibu....

betol tu ikut lee petua nie
Tue 15-Jul-2008 03:21
Posted by:ida isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Sunday, 13-Jul-2008 22:11 Email | Share | | Bookmark
BOWLING 2008

 
 
 
View all 12 photos...
Hari nie sempena bowling 2008 yang di anjurkan oleh wakil dari jabatan boleh dikatakan meriah.. Tahniah kepada pihak penganjur...


Pembuka Balingan... STRIKE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Kami pemain bowling yang PRO!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Bujang sorang nie sibuk nak main juga.. bagi la rasa 1 game...



Awal-awal lagi dah sapu longkang...




Tau pulak Frust bola masuk longkang....



Baru la ada improvemant... ada la jatuh pin tu....


kira ok la tu.. ada juga pin yang jatuh... baru first time pegang bola Bowling...



Amboi!!!!! Sahira..... betul-betul tamgkap gambar cik zana dengan akim nampak kepala jer.... yang dkt bawah nie pulak betul-betul muka cik zana dengan mama yer... dah la cik zana nie montel.. bertambah la montel...



WALAUPUN AKU DALAM KEADAAN DEMAM.. AKHIRNYA AKU DAPAT JUGA MENUNAIKAN JANJI AKU KEPADA SAHABAT-SAHABAT KU... MAAFKAN AKU KIRANNYA TIDAK DAPAT MEMBERI YANG TERBAIK BUAT KUMPULAN KU... AKU LAKUKAN APA YANG KU MAMPU...




Care to comment?


Sunday, 13-Jul-2008 21:37 Email | Share | | Bookmark
GAMBAR ADIK LAGI

 
 
 
View all 7 photos...













amboi long.... meriah betol anak kau ek?????aku rase kalau boleh besar lagi mulut si kenit tu, mesti besar die ketawakan? suker bonar dier amek gambar ea?
Thu 17-Jul-2008 07:39
Posted by:fapiejot nurfaja13@yahoo.com
Add comment


Wednesday, 9-Jul-2008 14:07 Email | Share | | Bookmark
BORING RI NIE..

 
 
 
View all 10 photos...
Hari nie boring sangat.. tu yang ntah gambar apa-apa jer yang aku ambil...





Ha.. minatang nie sebenarnnya pengorek pensel anak aku.. dkt rumah bersepah sana sini.. aku bawak la ke office.. aku guna pengorek pencel nie... tapi sekali pandang .. memang mainan kan... macam-macam la anak aku nie.. time dia nak janji bukan main.. nak simpan.. nak jaga... tapi hampeh... at last aku juga yang guna...



minatang merah nie pulak sebenarnnya kumbang.. he..he.. nie kumbang bukan sembarang kumbang tau.. nie sebenarnnya mini vicum.. ala.. hadiah dari HP.. beli ink catridge dapat la bendalah nie... silap-silap kalau jumpa si kenit aku nie.. mesti kena bantai si kumbang nie..

Care to comment?


Monday, 7-Jul-2008 17:02 Email | Share | | Bookmark
LAMA TAK GUNA CAMERA DIGITAL KU

 
 
 
View all 7 photos...










Di sebabkan lama tak guna camera digital nie.. asik guna camera H/P jer.. test kejap gambar adik.. ok ke tidak..

alahai comel nyer...pandai posing lak tue...ada ghyer jd model besar nie...umur brapa?...ala kuci kuci...
Wed 9-Jul-2008 13:59
Posted by:fidah mycindabiz@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Friday, 4-Jul-2008 18:14 Email | Share | | Bookmark
ADIK TAK BOLEH DUDUK DIAM

 
 




Aduh..sekarang nie.. adik dah tak boleh nak duduk diam, kalau duduk dekat baby sit nie dia asik bergolek-golek macam nak melepaskan diri... he..he.. sekarang nie dia dah mula pandai keluarkan tangan dia dari safty bel tu.. bahaya betul adik nie..


hari tu ad comment kakpah kan ? umah akak kat Subang 2 ,, so if berkenan mehn lah datang.. or boleh post baju
Tue 8-Jul-2008 14:26
Posted by:kak pah luvly_tailor@yahoo.com
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.