Want your
own Fotopage?














 
Zana Foto's

By: Nor Zana

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 10-Feb-2009 07:00 Email | Share | | Bookmark

 

Care to comment?


Tuesday, 10-Feb-2009 05:40 Email | Share | | Bookmark

 

Care to comment?


Tuesday, 10-Feb-2009 05:32 Email | Share | | Bookmark
WTH FMLY

 
 
 
View all 4 photos...



WAH, DAH UPDATE NAMPAK....
OH, BAKAL DAPAT THE THIRD RUPANYE.....
CONGRAT!CONGRAT!...
Fri 13-Feb-2009 07:17
Posted by:yushasnita md yunos sayanghasni@gmail.com  - [Link]
Add comment


Saturday, 27-Dec-2008 03:44 Email | Share | | Bookmark
DORAYAKI

 
 
 
View all 7 photos...
Bila sebut jer perkataan nie mesti teringan dengan ''Doremon'' yer la makanan kegemaran nya kan.. tapi apa pun Ana tak nafikan Cartoon Animasi nie memang begitu popular dari Ana sejak kecil lagi dan tak sangka hingga ke anak-anak Ana sekarang masih mengemari cartoon tersebut. Lebih-lebih lagi dengan keletah dan telatah kawan baik Doremon iaitu Nobita.



Pagi tadi Ana buatkan anak Ana Kuih nie.. tapi utk anak-anak Ana akan letak inti Coklet.. tapi sayangnnya coklet tu tak mencukupi, terpaksa la Ana buat inti kacang merah.








Inti

1 Cawan kacang merah

8 cawan air

1/3 cawan gula



Method



Sebelum saya rebus kacang saya rendam dalam 1 jam dan rebus.

bila dah empuk saya kisar kacang tadi dan saya masukan dalam kuali semua.

masukan gula dan masak semula hingga kering.







Utk panCake


· 3 biji telur (grade B)

· 3 tbsp air

· 1/3 cawan Gula

· 1 tsp baking powder

· 1 cawan tepung gandum

· 1 tsp Madu

· 1 tsp acne vanilla



Method



Pukul telur ( macam nak buat telur dadar )

Masukan air yang telah dicampurkan dgn baking powder

Masukan tepung dan kacau

Masukan gula dan kacau hingga gula betul-betul hancur

Masukan Madu dan ane vanila

dan masak guna kuali non-stick (kuali biasa pun boleh)



* bila pancake dah siap bubuh inti kacang dan lapiskan dgn pancake seterusnya.. macam buat sandwich tu..


nyam.. nyam.. sedap....



apa khabar zana? lama tak dengar cerita nie. betul kata zana tu. yus makan kuih tu pun kerana terliur tengok si doraemon tu makan cam sedap sangat. rajin jugak zana wat kuih nie sendiri. boleh cuba buat nie. Fri 23-Jan-2009 03:26
Posted by:yushasnita md yunos sayanghasni@gmail.com  - [Link]
Add comment


Monday, 1-Dec-2008 01:41 Email | Share | | Bookmark
ADIK CUN

 
 
 







haziq dah cihat ker? risaukan kalu anak sakit..yus pun dua kali bawak anak gi HSI tapi masuk wad kecemasan jer, masuk air. dia kena cirit-birit, muntah2 hampir 3 minggu. mungkin radang usus. skang ni dah ok..tapi dia tengah fobia. bila dia nampak yus jer dia dah nangis. mungkin sakit sangat masa ambik darah aritu. Thu 4-Dec-2008 07:59
Posted by:yushasnita md yunos sayanghasni@gmail.com  - [Link]
Add comment


Monday, 1-Dec-2008 01:18 Email | Share | | Bookmark
Haziq Masuk Hospital Lagi di Hospital Sultan Ismail Pula..

 
 
 
View all 6 photos...


Memang dah lama anak tak masuk ke FP Ana nie.. Apa taknya dengan kerenah anak-anak Ana dan kerenah kesihatan Ana juga.


Lebih-lebih lagi anak Ana yang kecil nie masuk hospital lagi.. kesian dia.. kali nie dia masuk di Hospital Sultan Ismail.. kirannya ok la sikit dari HSA tu..
6 hari Ana jaga Haziq dekat sana.. tapi rasannya macam 6 bulan la pulak.. siap merayu-rayu pada Dokter tu minta balik.. tapi jawapannya hanpa.. tak boleh balik.. kena monitor lagi..

nasip baik wad dia ok..







Care to comment?


Friday, 26-Sep-2008 08:52 Email | Share | | Bookmark
MOOD HARI RAYA

 



Salam lebaran dari yus sekeluarga,
raya balik mana? yus baru nak balik kg esok. so fp yus cuti seminggu. kalu ader kesempatan datang ke rumah. sementelah kita duduk berdekatan ni boleh berkenalan.
Wed 8-Oct-2008 06:47
Posted by:yushasnita md yunos sayanghasni@gmail.com  - [Link]
siannya tgk Haziq admit wad..Irfan pn penah gak admit wad...sedih sgt ibu dia ni..bila tadak org melawat ibu dia nangis je...time ada org ok la bole borak2 tak sedih sgt.. Tue 11-Nov-2008 12:13
Posted by:ina a.k.a ibu irfan  - [Link]
Add comment


Saturday, 16-Aug-2008 12:17 Email | Share | | Bookmark
HAZIQ TO BE ADMITTED IN HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHARU

Lepas kena ambil darah
Dah kena masuk air
Cian adik
View all 33 photos...
Sudah seminggu tak open FP nie.. apa taknya dalam seminggu juga ana duduk di hospital menjaga buah hati kecil ana ini.. rasannya macam tak percaya anak ana yang berusia 8 bulan nie masuk hospital.

Pada mulannya (jumaat) 8/8/08 ana balik kerja hubby ambil, dia beritahu yang Haziq anak ana yang kecil demam, selepas saja anak hantar Hubby pergi kerja ana terus bawa anak ana ke Polikelinik Penawar di Masai, bukannya apa, sejak dia demam yang pertama Ana memang hantar dia kesana supaya mudah sikit doktor monitor demam dia. Tapi sayangnya apabila Ana sampai ke klinik tu rekod yang lepas dia tak jumpa, base pada apa yang Ana cerita la.. doktor tu pesan dengan Ana kalau dua hari tak sembuh juga dia suruh Ana bawa adik ke hospital.

Hari sabtu Ana monitor dia, keadaan dia agak kurang, tapi demam dia on off, tapi Ana still jelum dan bagi dia ubat supaya kurang sikit panas badan dia. Waktu malam jangan cakap la, asik merengek jer, beritahu kepada hubby suruh dia hantar ke hospital tapi hubby kata tunggu esok, Ana pun setuju dengan cadanga dia tu.

Hari Ahad 10/8/08 Ana plan nak ajak semua pergi main bowling, masa nak keluartu adik ipar datang rumah dia pun nak ikut sama, dalam perjalanan nak ke pusat bowling Ana rasa dahu Adik, masih panas, anak pun terus ajak Hubby pergi ke Hospital, kalau nak di ikutkan Hospital keranaan yang paling dekat ialah Hospital Sultan Ismail, tapi Ana kurang minat dgn hospital tu, bukannya apa layanan ok.. service dia kalau tak sabar memang dah kena darah tinggi. Ana buat keputusan hantar adik ke Hospital Sultanah Aminah JB, lagipun Ana sudah biasa dengan procedure dkt sana, ramai yang tidak tahu di Hospital sultanah Aminah tu lepas waktu kerja dan hari minggu kelinik pesakit luar dia buka, ini memudahkan orang ramai, Jangan silap.. itu bukan pusat kecemasan tau.. nie kelinik pesakit luar..

Bila sudah ragister nama adik dia suruh Ana bawa adik masuk ke dalam, bila masuk dkt kawasan menunggu tu Ana dapati ramai betul baby yang baya anak Ana nie demam..mmmm musim demam kot.... tak lama nama anak Ana di panggil untuk check suhu badan dia .. mmm mmg dia demam lepas tu ambil darah.. kesian bila tengok adik kena cucuk di ambil darahnya.. untuk di hantar ke makmal.. mmm.. lepas tu kena hantar darah nie makmal.. nasip baik la dkt makmal tu tak lama baru jer letak sampel darah dgn form tu.. rasannya tak sampai 5 minit dah dapat result... igtkan selama nie hospital kerajaan servise dia lembap.. .. rasannya dah ada improvemant kot... .. bila tgk result nie.. mm tak pandai nak baca la.. serahkan jer la pada yang arif.. DOKTOR la..... .

Bila dah bagi result tu kepada doktor hensem.. .. kena tunggu turn lagi.. nasip baik diktor tu hensem.. .. tak lama doktor tu panggil.. dah dia suruh hantar adik untuk x-ray pulak... macam tak percaya jer baby kena x-ray.. ikut jer la .. Bila dah dapat filem tu bagi la balik pada doktor tu.. tak lama ada nurse tu panggil nama adik.. igtkan boleh balik or suruh balik.. rupannya kena tahan wad.. cian adik..

Ni la gambar bila baru masuk wad.. kesian dia kena cucuk sana sini.. Tak lama tu doktor datang ke katil adik.. macam-macam dia tanya Ana.. huh.. macam kena siasat dengan polis.. .. rupa-rupannya dekat bahagian paru-paru adik kena jankitan kuman...Allah huakbar... betapa la teruknya Ana nie.. tak pandai nak jaga anak.. Anak sakit lama tapi Ana buat tak tau jer.. Badan dia pulak terlalu panas.. masa dkt wad tu memang dia tak pakai baju langsung.. pakai pampers jer.. dan sentiasa jelum badan dia..

Pada 11 Aug 2008, hari yang ke dua adik dalam wad petang tu tiba-tiba adik macam payah untuk bernafas bila doktor check tiba-tiba jer doktor kata kena cari point oksigen.. tapi di sebabkan wad tu wad biasa.. tetiba jer doktor tu kata kena pindah ke Team A, sekarang nie adik berada di Team B, (macam-macam la dekat dalam wad pun ada team) rupa-rupannya kalau team A tu agak kritikel.. bila sampai ke Wad Team A adik di bantu pernafasan dengan oksigen .. sedih betul bila tengok dia pakai tu..dah la tu dengan wire yang berserabut kepala pun jadi serabut.. sedih tu memang ada.. macam nak menangis jer bila tgk adik yang menangis tak nak pakai tu semua...
tapi nak buat macam mana kan.. kena la guna alat-alat tu semua walaupun tak sampai hati dan tak sanggup nak tengok keadaan dia.. bila tgk dia tidur,, kesian sungguh dkt dia..

Bila dah masuk dekat wad nie macam-macam dibuatnya.. nak buat macam mana kan kena la redha.. adik kena guna 'nab' selesai jer guna nab kena panggil pulak masuk dalam bilik khas untuk sedut kahak dia.. kesian betul tengok adik bila kena sedut kahak dia.. macam nak stop jer nurs tu sebab tak sampai hati.. Ana kena jaga adik dekat wad Team A tu dekat 3 hari .. kejung satu badan dibuatnya..

Hari khamis.. 14 aug 2008 akhirnya adik dapat la keluar dari wad Team A ke Team B semula.. dah lega sikit.. bila adik dah mula boleh minum.. kalau tidak memang tak dapat nak keluar la dari team tersebut.. apa taknya masa dkt team A tu adik langsung tak nak minum dan makan, kalau minum pun diakhiri dengan muntah, dan macam-macam yang Ana kena monitor.. termasuk la kalau tukar pampers , pampersnya kena timbang.. sekali dengar macam kelakar kan.. tapi ada netulnya.. sebab dia nak tau output air yang keluar dari badan dia begitu juga dengan minum susu, kena monitor juga.. dah kena reka checksheet sendiri utk tu semua .. bila tgk adik dah mula makan dan minum lega la sikit.. cuma bila nak makan ubat tu .. masyallah.. memang payah.. nampak jer ubat.. awal-awal dah katup mulutdia.. kesian adik makin kering badan dia..

15 Aug 2008 ... pagi doktor muda round.. Ana tanya dia, agak-agak bila baby boleh keluar.. doktor muda tu bg tau kena tanya doktor pakar.. mmm tak apa Ana tunggu sampai doktortu datang round wad.. nanti Ana tany.. belum sempat Ana tanyadoktor tu dah tanya Ana dulu.. sama ada anak Ana tu dah ok ke tidak.. dan dia offer nak bagi keluar.. apa lagi ana Happy la.. apa tak nya dah masuk 6 hari Ana jaga adik dalam wad dan masa tu juga Ana tak dapat nak tidur dengan selesa.. lindu woooooooooo dgn katil n tilam busuk Ana.. Lunch time kawan Ana datang jengah Adik.. Terimakasih bebanyak kepada kengkawan Ana kerana sudi menjengah Ana n Adik..

Lepas jer sembahyang jumaat hubby datang ambil Ana.. n Adik. Huh.. seronoknya dapa tinggalkan tempat yang banyak virus tu.. he..he..

nie segala koleksi yang Ana sempat tangkap gambar Adik.. buat kenangan untuk diri Ana sendiri.



ini lah gambar koleksi Ana, Ana ambil gambar semua nie guna Handphone Ana yang tak cangih, MototolaV360 sebab tu gambar yang Ana ambil tak cun.. kalau nak ambil guna Digital camera malu pulak Ana.. apa kata orang-orang yang disekeliling Ana.. nanti kang dia org kata Ana.. kemaruk ambik gambar..

Semoga anak Ana cepat sembuh.. Sekarang nie Ana cuma kena monitor antibiotic dia untuk mengelakan ada virus lain yang bertandang ke paru-paru anak Ana.. Doktor tu beri tahu kat Ana.. Virus tu mmg tak boleh hilang dgn masa yang singkat, semuannya memerlukan masa cuma kena bagi ubat untuk mencegah dari virus lain..

SESUNGGUHNYA ANA REDHA DENGAN UJIAN INI, SEGALA APA YANG ANA LAKUKAN ADALAH KERANA ALLAH, ANAK ADALAH AMANAT ALLAH KEPADA ANA, ANA KENA LA MENJAGANYA DENGAN SEBAIKNYA

DOAKANLAH ANAK ANA CEPAT SEMBUH SEPENUHNYA

i'm really miss my nephew very much... so, how about ur son now?
fine? after 2 week i know what happen wif ur son when i view ur fotopages.. (know the true situation)
2 week ago, when i'm back home, nvr 1 tell me...
whatever, i pray to god.. ur son will be fine very much...
jumpa raya nanti............
Fri 29-Aug-2008 06:12
Posted by:allop_piejot nurfaja13@yahoo.com
salam perkenalan, apa kabo anak zana skang nie. harap2 dah sembuh. nak tanya nie zana dok kat pasir gudang ker? yus dok taman scientex jer nie. nak tanya lebih2 nie bimbang zana sibuk..anyway selamat berpuasa Fri 12-Sep-2008 02:35
Posted by:yushasnita md yunos sayanghasni@gmail.com  - [Link]
lama jugak ni tunggu zana reply..haziq macam mana sekarang ni? zana ader bagi dia apa2 supplement tak? tang virus2 ni kita kena usaha kan jugak ler supaya tak datang lagi. memang ler virus tu tetap ader. syahir pun tak berapa sihat sangat...yus bawa dia pergi rabbisfina..ubat dia tak kuat sangat..ada satu lagi klinik yang bagus kat taman rinting tu tapi tak ingat ler klinik aper, cuma ubatnyer mahal sket..klinik tu link ngan pakar puteri. Fri 26-Sep-2008 08:02
Posted by:yushasnita md yunos sayanghasni@gmail.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Thursday, 7-Aug-2008 10:47 Email | Share | | Bookmark
ORKID

 
 
 
View all 6 photos...
Bila pulang ke rumah ku lihat pemandangan yang indah-indah ini.. hilang seketika rasa penat..
kalau lah aku menjadi secantik bunga ini.. alangkah angunnya aku ketika itu..
tapi sayang.. kecantikan ini tak akan kekal untuk selamannya..
Hanya sementara...






Akum semua,
Tumpang iklan ye..
Dapatkan Koleksi Cenderahati menarik daripada Chempaka Indah Gift Shop pada harga yang berpatutan. Antaranya gift box, bakul buluh, bakul mengkuang, decorated towel, decorated candle, decorated glass dan pelbagai lagi.
Sila layari http://chempakaindah.blogspot.com

I like orkid lah!! Terima kasih
Fri 5-Sep-2008 13:40
Posted by:chempakaindah chempakaindah@gmail.com
Add comment


Thursday, 7-Aug-2008 02:08 Email | Share | | Bookmark
UTUSAN 29 Julay 2008

 
Cuba Cari muka-muka kami...
macam tak sangka muka kami nie masuk dalam paper..


AHOOOOOOOOOOO,.................ZAI COPPSSS DULU 1ST COMMENTOR KAT CINI....
BEST KALAU DAPAT JADI 1ST COMMENTOR KAT FP ORG SBB KITA LER ORG PERTAMA YG BACA DAN TGK CITER MEMBER BARU UPDATE......

WAH GLAMOUR ARR CAM NIE..MANA ZANA??BULATKAN LA...
Thu 7-Aug-2008 05:16
Posted by:Zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
wah betol2 berkobar2 nak wat kueh raya nie ya Thu 7-Aug-2008 06:32
Posted by:Ida Isk merpati66@yahoo.com  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.